Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Harap tiada lagi isu gaji tidak masuk akal Presiden FAM -- Bekas Pengerusi Perak

azim zabidi

Bekas Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, memberikan cadangan agar tiada lagi isu pembayaran gaji yang tidak masuk akal melibatkan pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginya, jika benar mana-mana individu berniat untuk mengisi kerusi panas FAM, pengurangan gaji Presiden kepada jumlah yang lebih masuk akal perlu berada dalam manifesto masing-masing.

Azim mempersoalkan di mana relevannya seorang individu menerima gaji yang tinggi untuk jawatan Presiden sebuah persatuan sukan, yang kebiasaannya dijalankan atas dasar sukarela?

Namun, dengan pendedahan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai berlakunya jurang gaji yang besar di antara pucuk pimpinan FAM dengan kakitangan urus setia, ia dilihat agak canggung.

Difahamkan, Presiden FAM menerima pembayaran gaji mencecah enam angka, yang menyamai pendapatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Azim memberikan cadangan agar hal ini dimansuhkan serta-merta, dan perlu ada dalam manifesto mana-mana individu yang berhasrat untuk mengisi kerusi panas FAM itu.

Langkah berkenaan dilihat sebagai bukti bahawa perebutan jawatan berkenaan bukan hanya berkiblatkan gaji lumayan.

"Saya tidak pasti apa sebabnya elaun Presiden FAM setinggi itu, kerana jumlah itu setara dengan gaji CEO GLC," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

CEO GLC mencari keuntungan buat syarikat dan sebahagian daripadanya disalurkan kepada kerajaan melalui cukai pencapatan.

"Tetapi untuk persatuan sukan, apa pendapatan yang mereka dapatkan dan apa yang disalurkan kepada kerajaan daripada gaji atau elaun yang mereka terima Jadi, ia tidak kena.

Isu gaji presiden FAM didedahkan menerusi satu surat layang pada 2024. Tan Sri Hamidin Mohd Amin, yang ketika itu memegang jawatan presiden FAM, tidak menafikan dakwaan itu, sebaliknya menganggap ia soal peribadi dan mendapat kelulusan Exco FAM.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video