Chengdu Rongcheng mengambil keputusan untuk memecat jurulatih, John Aloisi, selepas mensia-siakan peluang untuk merangkul gelaran juara Liga Super China (CSL) buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kelab itu.
Rongcheng hanya memerlukan satu mata dalam empat aksi terakhir untuk dinobatkan sebagai juara, namun mereka tewas dalam empat aksi terakhir itu sekali gus terlepas gelaran musim ini.
Rongcheng dan pencabar utama, Dalian Yingbo, berkongsi 52 mata di puncak liga dengan Dalian di puncak liga dengan kelebihan daripada aspek rekod pertemuan dan jaringan gol.
😱 Chengdu Rongcheng set . humiliating world records: 1st team to lead by 12 pts in the final 4 rounds but lose the title. 1st team to lead the eventual champion by 18 pts but lose the title. 1st team to remain top of the table from 1st until final round but lose the title. https://t.co/DQ9oaD2C7L
— HOTPOT FOOTBALL (@HotpotFootball) November 8, 2026
"John Aloisi tidak lagi akan berkhidmat sebagai ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Chengdu Rongcheng, dan kakitangannya akan meninggalkan pasukan bersama-sama." kata kelab itu dalam satu kenyataan kelab.
Untuk rekod, Chengdu Rongcheng berada dalam divisyen keempat China pada tahun 2018 sebelum berjaya mendaki piramid untuk mencapai liga teratas pada tahun 2022.
Mereka menamatkan musim di tempat kelima, keempat dan ketiga dua kali dalam empat musim pertama mereka dan hanya memerlukan satu mata daripada empat perlawanan terakhir mereka untuk menjamin gelaran pertama tahun ini, namun perkara itu tidak berlaku.
Chengdu Rongcheng needed ONE point from their last four games to win the Chinese Super League. They lost them all and lost the title on the final day of the season 🤯 https://t.co/7BvnPyonh0
— Men in Blazers (@MenInBlazers) November 8, 2026