Pemain kelahiran Cameroon, Louis Willy Ndongo, dilaporkan bakal melengkapkan tempoh lima tahun beraksi di Liga Kemboja pada awal tahun 2027 sekali gus berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan negara itu.
Penyerang pasukan Kirivong Sok Sen Chey berusia 31 tahun itu memulakan karier di Kemboja bersama kelab Asia Euro United pada 2022, sebelum berpindah ke beberapa kelab lain dalam negara sama.
Ndongo sebelum ini difahamkan pernah mewakili skuad B-20 Cameroon sebelum meluaskan karier di Asia Tenggara, dengan Ndongo telah meledak 30 gol sepanjang beraksi di liga itu.
Sekiranya menjadi kenyataan, semestinya kehadiran Ndongo akan memberikan nilai tambah buat jurulatih Angkor Warriors, Koji Gyokotu, dalam mempersiapkan pasukan terumatanya di jentera serangan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2031 nanti.
"Penyerang dari Cameroon, Louis Willy Ndongo, berkemungkinan layak mendapat kewarganegaraan Kemboja pada tahun 2027." lapor sebuah portal di media social.