Skip to main content

Advertisement

Badminton

Hampir 400 peserta serbu Astro Kem Badminton di Pulau Pinang

j

Sesi pemilihan Astro Kem Badminton membuka tirainya di Pulau Mutiara bertempat di Kompleks Sukan Bandaraya Pulau Pinang.

Seramai 338 peserta berusia 10 hingga 12 tahun hadir mencuba nasib, untuk layak ke kem latihan pusat yang bertempat di Kuala Lumpur pada Julai depan.

Advertisement

"Astro Kem Badminton meliputi empat destinasi iaitu Johor, Miri and Kuala Lumpur.

"Hari ini pemilihan pertama berlangsung di Pulau Pinang dan kami menerima penyertaan yang memberangsangkan termasuk dari Perlis dan Kedah.

"Lebih 300 peserta menghadiri sesi hari ini," kata penolong ketua jurulatih Astro Kem Badminton, Kok Wing Soon.

Tambah bapa kepada seorang peserta, Aidil Aziz: "Kami tak jangka dapat berkumpul di sini -- saya ingatkan kawan tak datang tapi rupanya ramai yang datang dari Perlis termasuk Kedah -- seronok bila tengok ibu bapa hadir berikan sokongan kepada anak masing-masing.

"Paling syok apabila daripada aktiviti anak-anak ini, kami dapat teruskan persahabatan."

Sesi pemilihan Astro Kem Badminton seterusnya akan berlangsung pada 2 Mei depan bertempat di Kompleks Sukan Daiman, Johor Bahru.

Program ini terus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat muda, membina asas kemahiran serta memberi peluang kepada generasi baharu untuk melangkah lebih jauh dalam arena badminton negara.

 

Must Watch Video