Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin masih berteka-teki mengenai calon Presiden FAM

Hamidin masih berteka-teki mengenai calon Presiden FAM

Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Amin, masih berteka-teki mengenai kedudukannya apabila enggan mengulas ketika ditemui wartawan Astro Arena hari ini.

Hamidin yang juga Presiden Kehormat FAM hadir pada majlis pelancaran Piala Emas Raja-Raja edisi ke-104 di ibu negara.

Turut hadir Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, yang sebelum ini menyatakan beliau masih mempertimbangkan pendiriannya berhubung pemilihan Presiden FAM.

Bagaimanapun, Hamidin yang merupakan antara tiga nama disebut-sebut sebagai calon untuk menerajui badan induk bola sepak negara memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kepada media.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai pendirian sebenar bekas Presiden FAM tersebut menjelang proses pemilihan yang akan datang.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Raja-Raja Melayu (PBMM) bakal mempertandingkan edisi ke-104 Piala Emas Raja-Raja dengan penyertaan 16 pasukan, termasuk tiga pasukan jemputan iaitu Penang Flex, UM-Damansara dan Bomba.

PBMM turut bakal memperkenalkan Anugerah Piala Emas Raja-Raja buat julung kalinya atas cadangan Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.

Dalam pada itu, saingan Piala Agong akan membuka tirai terlebih dahulu apabila juara bertahan tiga kali, Selangor, dijadual berdepan juara musim lalu, Kuala Lumpur, di Stadium Sungai Besar pada 13 September ini.

Pertembungan berkenaan dijangka menjadi antara aksi tumpuan awal kejohanan yang terus mengekalkan tradisi bola sepak antara negeri dalam kalangan Raja-Raja Melayu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video