Skip to main content

Bola Sepak

Hala tuju FAM tidak boleh ditentukan seorang individu -- Calon Presiden

ghani

Calon pilihan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan, mahu membentuk satu pasukan yang mampu bergerak secara kolektif sebagai keutamaan sekiranya diberi mandat menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Menurut Ab Ghani, perancangan serta hala tuju FAM tidak boleh ditentukan oleh seorang individu, sebaliknya perlu mengambil kira pandangan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang bakal dipilih bersama, selain kepentingan setiap badan gabungan.

"Sudah tentu saya ada visi dan misi tersendiri untuk membawa bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi kita juga perlu faham bahawa FAM ini adalah sebuah persatuan yang melibatkan badan gabungan dan ahli jawatankuasa eksekutif yang akan dipilih bersama dalam pemilihan ini nanti.

"Adalah tidak sesuai untuk saya membuat keputusan sendiri ketika ini kerana proses perancangan dan hala tuju FAM perlu mengambil kira pandangan Exco yang akan bersama menerajui FAM, selain mengambil kira kepentingan badan gabungan juga.

"Apa yang lebih penting terlebih dahulu untuk baki penggal ini adalah untuk membentuk satu pasukan dengan visi yang sama, dapat bekerja secara kolektif dan meletakkan kepentingan bola sepak negara sebagai keutamaan."

Kongres pemilihan FAM akan berlangsung pada 17 September ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement