Dalam cabaran yang kian meningkat, persekitaran penuh tekanan dan kesibukan harian, amalan gaya hidup sihat tidak boleh diabaikan.
Di sebalik saranan senaman 30 minit dengan kekerapan lima atau enam kali seminggu, ia sudah pasti memerlukan persekitaran yang selesa dan selamat, termasuk dengan penggunaan keperluan sukan yang bersesuaian.
Advertisement
Menyedari kepentingan itu, Hakka Clo kini meniti industri pakaian sukan tempatan dengan produk yang direka khas untuk mereka yang mengutamakan keselesaan, prestasi dan gaya dalam satu masa.
Menggabungkan rekaan moden dengan material berkualiti tinggi, Hakka Clo sesuai dipakai untuk aktiviti sukan mahupun kegunaan harian.
Ditubuhkan pada 2018, jenama ini meletakkan matlamat untuk menyediakan pakaian sukan berkualiti tinggi yang mampu menyaingi jenama antarabangsa, namun pada harga yang lebih berpatutan dan sesuai dengan pasaran tempatan.
Sebagai rekod, mereka pernah menjadi penaja untuk pasukan Liga Super, Sri Pahang, dalam musim 2022/23.
Penajaan itu membuktikan keupayaan Hakka Clo dalam menghasilkan pakaian sukan bertaraf profesional serta komitmen mereka dalam menyokong pembangunan sukan tempatan.
Pengurus Teknikal Hakka Clo, Noor Amirudin Mohamed, berkata: "Di Hakka Clo, kami berpegang teguh kepada empat tonggak utama yang memacu kecemerlangan jenama kami.
"Kami meletakkan kualiti sebagai keutamaan tertinggi dalam setiap aspek penghasilan. Melalui pemilihan material premium yang teliti serta ketelitian yang jitu dalam setiap jahitan dan kemasan, kami memastikan setiap produk bukan sahaja tampak eksklusif, malah mempunyai ketahanan yang tinggi untuk kegunaan jangka masa panjang.
"Seiring dengan peredaran zaman, kami terus memacu inovasi dengan mengintegrasikan teknologi fabrik terkini ke dalam setiap rekaan. Usaha ini dilakukan bagi menjamin keselesaan maksima buat pengguna, sekali gus memastikan produk kami kekal relevan dan kompetitif dalam memenuhi keperluan gaya hidup moden yang dinamik.
"Segala pencapaian kami didasari oleh komitmen jitu dalam memelihara kepercayaan pelanggan dan rakan strategik. Kami percaya bahawa integriti dan ketelusan adalah kunci utama dalam membina hubungan profesional yang mampan, di samping memastikan setiap janji kualiti yang diberikan sentiasa ditepati.
"Di samping mengejar kecemerlangan produk, kami tetap kekal aktif memperkasakan sokongan komuniti demi memartabatkan arena sukan tanah air. Tanggungjawab sosial ini dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif strategik yang bertujuan untuk memberi inspirasi serta memacu pembangunan bakat tempatan ke peringkat yang lebih tinggi."
Hakka Clo menawarkan pelbagai pakaian sukan, antaranya bola sepak, ragbi, bola jaring, hoki, tennis, golf, sepak takraw dan larian.
"Hakka Clo menyediakan penyelesaian lengkap bagi pembuatan pakaian seragam melalui servis 'Custom Printing Jersey' yang diuruskan sepenuhnya oleh kilang milik kami sendiri.
"Dengan menggunakan material kain khas yang eksklusif, kami menawarkan kualiti premium yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pasukan sukan dan atlet, kelab serta komuniti rekreasi, sekolah dan institusi pendidikan, sehinggalah kepada syarikat serta penganjur acara.
"Kami komited memberikan fleksibiliti rekaan tersuai serta julat saiz yang komprehensif bagi memastikan setiap pelanggan menerima produk akhir dengan hasil kemasan yang profesional dan berkualiti tinggi.
"Setiap penghasilan produk Hakka Clo melalui kawalan kualiti (QC) yang teliti bermula daripada susunan blok, proses cetakan, pemotongan menggunakan laser, jahitan, sehinggalah ke peringkat akhir pembungkusan. Semua ini berlaku di dalam kilang milik Hakka Clo.
"Ini memastikan setiap produk yang diterima pelanggan berada dalam keadaan terbaik," katanya lagi.
Bersempena tahun baru 2026 dan sambutan Ramadan tidak lama lagi, Hakka Clo menyediakan promosi khas buat anda.
Ayuh dapatkan produk sukan terbaik Hakka Clo di sini.