Skip to main content

Sukan

Meledak: Hakim Danish di landasan terbaik Moto3

Hakim

Vrommmm vrooommm

Sesak, bergegar jantung dibuatnya dengan tunggangan Hakim Danish Ramli dalam bulan ini.

Semalam, hampir sahaja anak muda -- yang bakal mencecah usia 19 tahun, sebulan lagi ini -- mencipta podium ketiga dalam kancah Moto3 2026.

Apa pun, untuk bermula dari petak ke-16 dalam Grand Prix (GP) Belanda dah memang cukup dasyat.

Hakim Danish 'perah habis' dari awal lagi dalam usaha menguasai kelompok hadapan dan suatu ketika di kedudukan kedua.

Pada detik kritikal tiga pusingan terakhir pula, aspek mekanikal jentera KTM garapan Pasukan Aeon Credit – MT Helmets–MSi itu barangkali sudah hampir mencecah batasannya.

Berdepan risiko besar, dia menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh dan di tangga kedua bagi 'Rookies of the Year.'

Maka memudahkan laluan buat Maximo Quiles, David Almansa dan Marco Morelli menguasai pentas utama GP Belanda.

Kemuncak kemanisan bekas juara Asia Talent Cup 2022 itu pastilah detik menawan Litar Brno dalam GP Czechia, dua minggu lalu, lebih-lebih lagi kejayaan dibayangi 12 grid penalti.

Geram juga dengan reaksi seterunya daripada Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte, selepas perlumbaan itu apabila mengatakan faktor tuah memainkan peranan ketika anak jati Kuala Terengganu ini memintasnya di selekoh-selekoh terakhir.

Padahal sebelum itu Hakim Danish sudah memberi amaran awal dengan rekod terpantas sepanjang zaman menerusi catatan 2 minit 04.938 saat dalam sesi latihan bebas.

Dua perlumbaan sebelum itu, Hakim Danish sudah mula memberi petanda positif dengan memanjat podium dalam GP Hungary, jadi ini satu petanda bahawa dia di landasan terbaik serta tunggangan konsisten.

Detik-detik mengujakan sebegini wajar mengetuk penaja-penaja yang lain agar daya saingnya terus mekar pada kemudian hari.

Maka terhapuslah persepsi yang meragui kehandalan pelumba Malaysia di litar basah sebagaimana yang sering dikaitkan dengan wakil negara.

Rentetan keperitan di penghujung saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu pastinya menjadi pengajaran yang cukup pahit buatnya.

Proses ini bukan dibentuk dalam satu malam, bukan juga semusim.

Syabas buat ZK Racing yang pengurusnya, Zulfahmi Khairuddin, yang sendiri berpengalaman dalam MotoGP untuk membuka ruang buat pelumba cilik, contohnya Hakim Danish sendiri.

Syabas juga buat bapanya, Ramli Ibrahim, atas pengorbanan tingginya malah mendidik pengkerti tinggi anak tinggi anaknya hingga menjadi bualan dunia, dari prinsip tadi keraian sang juara di podium sampai ke tertib meja makan, mampu mengharumkan nama agama, bangsa dan negara. Dunia sedang memerhatikan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video