Skip to main content

Permotoran

Hakim Danish buka kempen GP Britain dengan kedudukan kesembilan

Hakim Danish buka kempen GP Britain dengan kedudukan kesembilan

Pelumba sensasi negara, Hakim Danish, memulakan kempen Grand Prix Britain Moto3 dengan langkah positif apabila menamatkan sesi latihan bebas pertama di kedudukan kesembilan di Litar Silverstone.

Hakim mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan apabila beberapa ketika berada dalam kelompok lima pelumba terpantas sebelum mengakhiri sesi dengan catatan masa terbaik 2 minit 11.455 saat.

Keputusan itu memberi petanda awal bahawa pelumba muda negara itu berpotensi memperbaiki kedudukannya dalam sesi latihan rasmi yang akan berlangsung kemudian, sekali gus mengintai peluang untuk berada dalam kelompok terbaik menjelang sesi kelayakan.

Pelumba Sepanyol, David Almansa, muncul terpantas dalam sesi berkenaan dengan catatan 2 minit 10.553 saat, manakala pelumba tuan rumah, Scott Ogden dari pasukan CIP Green Power, berada di tempat kedua.

Prestasi memberangsangkan Hakim di Silverstone terus meningkatkan keyakinan kem negara untuk melihatnya bersaing dalam kelompok hadapan pada baki saingan hujung minggu ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video