Kalau sebut David Beckham, pasti ramai terus terbayang legenda bola sepak England itu.
Namun, di Sukan Komanwel Glasgow 2026, ada seorang lagi David Beckham yang sedang mencuri perhatian. Bezanya, dia bukan pemain bola sepak, sebaliknya atlet berbasikal trek India.
Di sebalik nama unik itu, rupanya ada kisah menarik.
Menurut Beckham, bapanya yang pernah bergelar pemain bola sepak kebangsaan India merupakan peminat tegar David Beckham. Atas sebab itu, dia menamakan anaknya sempena ikon bola sepak dunia tersebut dengan harapan suatu hari nanti dia juga akan menjadi pemain bola sepak.
“Saya memang bermain bola sepak ketika berusia 14 tahun, tetapi lapan tahun lalu saya memilih untuk beralih ke sukan berbasikal trek,” katanya.
Keputusan itu ternyata tepat apabila kini David berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai atlet berbasikal trek India di pentas antarabangsa.
Walaupun tidak mengikut jejak langkah yang diimpikan bapanya, satu perkara tetap menjadi kenyataan.
Nama David Beckham kini tetap mengharumkan dunia sukan, cuma kali ini bukan di atas padang bola sepak, sebaliknya di velodrom.