Skip to main content

Bola Sepak

Hadapi krisis keselamatan negara! Haiti senarai 26 pemain ke Piala Dunia 2026 sejak 1974

sds

Skuad bola sepak Haiti menamakan barisan pemain yang akan mewakili negara itu dalam kempen pusingan akhir Piala Dunia pertama mereka sejak 1974.

Antara nama yang mencuri tumpuan adalah kapten pasukan, Johny Placide, dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Haiti, Duckens Nazon -dengan rekod 44 gol dalam 76 penampilan- dalam skuad akhir ke Piala Dunia 2026 itu.

Anak buah Sebastian Migne itu diketuai penjaga gol berpengalaman berusia 38 tahun, Placide, serta pemain yang berpangkalan di Eropah, Jean-Ricner Bellegarda, yang beraksi buat Wolverhampton Wanderers.

 

 

 

Kelab dari Caribbean itu akan beraksi di pentas bola sepak paling berprestij di dunia itu buat kali kedua sejak kali terakhir pada 1974 di Jerman Barat, selepas mengungguli saingan kelayakan CONCACAF mereka.

Untuk rekod, mereka terpaksa beraksi dalam aksi di laman sendiri di tempat berkecuali susulan krisis keselamatan negara.

Mereka diundi dalam Kumpulan C bersama Scotland, Maghribi dan juara lima kali, Brazil.

 

Skuad Haiti:

Penjaga gol: Johny Placide, Alexandre Pierre, Josue Duverger

Pertahanan: Carlens Arcus, Wilguens Paugain, Duke Lacroix, Martin Experience, JK Duverne, Ricardo Ade, Hannes Delcroix, Keeto Thermoncy

Pemain tengah: Leverton Pierre, Carl-Fred Sainte, Danley Jean-Jacques, Jean-Ricner Bellegarde, Woodensky Pierre, Simon Dominique

Penyerang: Louicius Deedson, Ruben Providence, Josue Casimir, Derrick Etienne, Wilson Isidor, Duckens Nazon, Frantzdy Pierrot, Yassin Fortune, Lenny Joseph

Must Watch Video