Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, memberi perkembangan tentang kecederaan yang dialami oleh ketua pasukan, Faisal Halim.
Kehilangan penyerang berusia 28 tahun itu sedikit menjejaskan Gergasi Merah, namun tetap melangkah ke separuh akhir Piala FA walaupun tewas mengejut di tangan Star City di Petaling Jaya, hujung minggu lalu.
Kali terakhir Faisal Halim beraksi adalah ketika mewakili Harimau Malaya pada Piala ASEAN FIFA berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dan terpaksa melupakan baki perlawanan bertemu Singapura dan Vietnam selepas itu.
Malah, tular video menyaksikan dia berkerusi roda menandakan kakinya mengalami kecederaan serius di Bandung baru-baru ini.
Ditanya oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui ia adalah kehilangan tetapi berharap bintang negara itu kembali pulih dan menyertai semula pasukan.
Ini perkongsian KPG:
Perkongsian Ketua Jurulatih Selangor, Kim Pan Gon berkenaan status terkini kecederaan yang dialami Faisal Halim ✍🏼 ⤵️ @ASTROARENA https://t.co/aYvfdKyax6
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 12, 2026