Kuartet 4x200m (meter) daripada Sekolah Kebangsaan Gusi, Ranau di Sabah hari ini mencuri tumpuan selepas satu video yang tular di media sosial mengenai sebuah kejohanan peringkat zon di Sabah.
Dalam video itu menyaksikan seorang pelari yang meneruskan larian meskipun semua pelari yang mengambil bahagian sudah menamatkan larian.
Advertisement
Difahamkan pelari daripada sekolah kecil di Kawasan pedalaman itu mempunyai murid yang sedikit namun tetap menghantar pasukan yang terdiri daripada murid darjah 3.
Turun menyayat hati apabila guru besar SK Gusi berlari ke padang untuk menamatkan larian bersama-sama muridnya ke garisan penamat.