Chan Jun Han berazam menunaikan hajatnya yang tertunggak dalam Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship Edisi Kelima.
Bakatnya digilap dan diasah untuk muncul antara prospek utama di Lembah Klang menerusi hasil air tangan Akademi Kelab Golf PKNS.
Advertisement
Lantaran itu, Jun Han meneruskan tradisi dan sejarah besar yang dimiliki PKNS memasang impian untuk beraksi hingga hari terakhir pertandingan.
Jun Han merupakan salah seorang daripada 44 pemain yang beraksi dalam kejohanan kali ini di samping 72 pemain antarabangsa, sekali gus menjadikan saingan lebih sengit.
"Saya amat berbangga untuk menyertai kejohanan ini yang turut disertai ramai pemain kebangsaan.
"Harap saya dapat mara ke hari terakhir dan mungkin menaiki podium.
"Tahun lalu saya tidak dapat melepasi 'cut'.
"Lapangan di sini agak mencabar selain permukaannya yang keras.
"PKNS menawarkan subsidi penyertaan buat saya dan adakalanya dalam kejohanan di luar negara," katanya dalam Majlis Pengenalan Pemain dan Pasukan dalam satu upacara ringkas yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.