Sukan golf bukan sekadar aktiviti riadah, malah ia satu obsesi yang terpahat di dalam jiwa.
Kenyataan tersebut sesuai bagi menggambarkan perjalanan Datuk Hassan Ibrahim kerana dan pada usia 70 tahun, Hassan masih aktif di kelab golf.
Sempena Kejohanan Golf Pekema President's Cup yang bermula esok ini, Hassan mengintai peluang melebarkan rekod 'hole in one' peribadinya dalam edisi ke-12 itu.
"Sukar melupakan pengalaman pertama melakukannya tetapi dua kali selepas itu kurang mengujakan kerana hadiah kemenangannya tidak besar.
"Tapi untuk kejohanan ini, lima lubang untuk hole in one tersedia dengan empat kereta dan hadiah wang tunai bernilai RM28,000 menjadi rebutan.
"Jadi peluang untuk melakukannya lebih terbuka," katanya di Nadi Arena.
Untuk rekod, lubang kedua, tujuh, 14 dan 17 merupakan par three yang menawarkan peluang keemasan untuk mencipta hole in one dengan hadiah lumayan kereta elektrik menanti pemenang di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.
"Seingat saya hanya sekali sahaja ia berlaku dalam Kejohanan Golf PEKEMA untuk tempoh beberapa tahun ini iaitu di Sabah.
"Semoga keempat-empat kenderaan ini ada pemenangnya.
"Kemahiran mesti ada dan nasib mesti menyebelahi kita kerana pemain golf buta pun pernah melakukannya," katanya.