Skip to main content

Golf

Golf Bisnes Asia pentas bersukan sambil luaskan jaringan perniagaan

aaa
Advertisement

Pusingan akhir Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) di The Els Club, Teluk Datai, Langkawi berlangsung gilang gemilang apabila menghimpunkan 92 pemain amatur dalam kalangan golongan korporat, serta ahli perniagaan di pentas jaringan strategik.

Antara nilai tambah ABGC adalah menjadi medan pertemuan pemain industri perniagaan di rantau Asia, bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dalam suasana santai di lapangan golf.

Advertisement

Menambah keterujaan dan persaingan sengit pusingan akhir edisi sulung ini, cuaca tidak menentu di awal pagi, selain hujan lebat pada tengah hari meningkatkan tahap kesukaran di The Els Club.

Kejohanan ini turut membuka peluang buat setiap pemain meluaskan pengaruh jaringan korporat, diplomasi industri serta peluang perniagaan baru selain menawarkan pengalaman berharga selama empat hari di Langkawi.

Advertisement

Dianjurkan oleh Elora Global dengan sokongan beberapa penaja korporat dan menerusi kejayaan penganjuran edisi sulung, apakah visi dan misi menjelang edisi kedua abgc tahun hadapan?


"Peserta-peserta berharap kejohanan ini akan terus dianjurkan pada tahun depan. Kejohanan kali ini menarik peserta dari Vietnam, Thailand dan Indonesia.

"Kejohanan ini menjadi platform kepada perbincangan berkaitan perniagaan hingga ke peringkat mengadakan kerjasama.

"Kami merancang untuk menambah dua lagi pusingan dalam edisi akan datang, seterusnya melibatkan 10 pusingan keseluruhan termasuk pusingan akhir.

"Kami juga berhasrat mengadakan kejohanan ini di peringkat antarabangsa dan perbincangan sedang berhalan," kata Pengerusi ABGC, Datuk Mohd Salim Mohamed Sain.


Dalam kategori jemputan, Azhar Ismail tidak sangka penglibatannya dalam ABGC 2026 membuka dimensi baru dalam permainannya dan peluang perniagaan pada masa hadapan.

Azhar yang terpaksa berdepan perubahan cuaca ketika mengharungi kesemua 18 lubang mengekalkan momentum permainanya meskipun berdepan hujan lebat.

Begitupun, Azhar mencipta sensasi menempatkan dirinya dalam kelompok dua terbaik kategori jemputan menerusi skor 81 pukulan, sembilan di atas par.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video