Perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei, menerima panggilan bagi memperkuatkan skuad Piala Uber yang akan membuka tirai bermula 24 April di Denmark serta Piala Asia di Nagoya, Jepun.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkongsikan: Jurulatih profesional negara, Nova Armada, sahkan Goh Jin Wei telah dipanggil BAM menyertai skuad negara menjelang aksi Piala Uber dan Sukan Asia tahun ini.
Advertisement
🚨🚨Nova Armada sahkan Goh Jin Wei telah dipanggil BAM menyertai skuad negara menjelang aksi Piala Uber dan Sukan Asia tahun ini.🏸
Nova turut merestui dan membenarkan pemain tersebut melunaskan tanggungjawab utk negara tercinta.🎉🎉
Chaiyok!!!❤️@ASTROARENA pic.twitter.com/KY2zcZ2zWt— Faizal Bazari (@faizalbazario) February 19, 2026
"Nova turut merestui dan membenarkan pemain tersebut melunaskan tanggungjawab utk negara tercinta." katanya.
Terdahulu, wakil negara di ranking ke-68 dunia itu mempamerkan prestasi terbaik apabila mara ke pentas akhir Masters Thailand 2026 selepas mengenepikan rakan senegara, Wong Ling Ching, sebelum terpaksa akur tidak dapat menamatkan permainan di final untuk bergelar naib juara kejohanan berstatus Super 300 itu.
🚨TERKINI! Tahniah kepada Goh Jin Wei kerana dipanggil menyertai pasukan bagi Uber Cup serta Piala Asia di Jepun 🇯🇵.
Semoga terus cemerlang dan membawa kejayaan buat negara! 💪🔥 @ASTROARENA pic.twitter.com/xY3FVTfMAY— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) February 19, 2026
Untuk rekod, kali terakhir Jin Wei beraksi di pentas Piala Uber adalah pada edisi 2021 ketika berusia 21 tahun.