Skip to main content

Advertisement

Badminton

Go Pei Kee pilih tidak kembali ke BAM

go pei kee

Pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee, dilaporkan memilih untuk tidak kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, pada pertengahan bulan lalu melaporkan bahawa BAM sudah menerima surat peletakan jawatan daripada pemain berusia 24 tahun itu tetapi Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, dilaporkan berhasrat untuk mengadakan pertemuan hati ke hati bagi memujuknya menimbangkan semula keputusan berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, perkembangan terbaru menyaksikan Pei Kee kekal dengan keputusannya untuk tidak kembali bersama badan induk berkenaan, sekali gus menggambarkan bakal bergerak secara profesional.

 

 

 

Must Watch Video