Atlet lontar lembing Sri Lanka, Rumesh Tharanga Pathirage, mencipta kejutan terbesar di Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila menewaskan tiga juara Sukan Olimpik untuk merangkul pingat emas acara lelaki.
Bekas atlet kriket tu melakukan rejaman sejauh 89.75 meter untuk menewaskan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Neeraj Chopra (85.83m), serta mengetepikan juara edisi Paris 2024, Arshad Nadeem (Pakistan), yang sekadar mengakhiri saingan di tempat kesembilan.
Lebih manis, kejayaan itu menamatkan penantian panjang Sri Lanka apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel dalam tempoh 20 tahun, sejak kali terakhir dicapai pada edisi 2006.
Kemenangan Rumesh bukan sahaja dianggap antara pencapaian terbesar dalam kariernya, malah turut mengangkat semula nama olahraga Sri Lanka di pentas antarabangsa.