Isteri kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, tidak dapat menahan perasaan sebak selepas suaminya itu menamatkan penantian pingat emas di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 awal pagi tadi.
Kejayaan di Velodrom Sir Chris Hoy itu secara tidak langsung menamatkan penantian panjang The Pocket Rocketman yang sudah melonjak usia 38 tahun itu untuk menghadiahkan emas acara keirin buat kontinjen negara selepas episod duka pada edisi di Delhi 2010 apabila kemenangannya dibatalkan.
"Suami saya Juara Sukan Komanwel. Alhamdulillah. Saya sangat berbangga dengan awak, Azizulhasni Awang.
"Ketabahan, pengorbanan dan semangat juang awak yang tidak berbelah bahagi telah memberikan inspirasi kepada ramai orang. Cara yang hebat untuk menamatkan perjalanan Sukan Komanwel awak." katanya.
Untuk rekod, Azizulhasni pernah meraih pingat gangsa ketika di tempat sama pada 2014.