Bekas ratu boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad, menerima pengiktirafan daripada penganjur apabila namanya diabadikan pada gelanggang di Pusat Scottish Event Campus yang merupakan venue bagi acara boling padang sempena Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Antara legenda lain yang turut diberikan pengiktirafan adalah David Bryant, Ellen Falkner dari England serta Robert Weale dari Wales.
Untuk rekod, pengiktirafan itu susulan Zalina yang telah memenangi tiga pingat emas -emas pertama di Manchester 2022, kedua di Melbourne 2006 dan Gold Coast 2018- di temasya itu.