Skip to main content

Komanwel

Glasgow 2026: Malaysia lepasi sasaran pingat, KBS sifatkan kejayaan bukti kekuatan ekosistem sukan negara

Glasgow 2026: Malaysia lepasi sasaran pingat, KBS sifatkan kejayaan bukti kekuatan ekosistem sukan negara

Kontinjen Malaysia terus mencipta sejarah di Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila berjaya melangkaui sasaran pingat yang ditetapkan sebelum temasya bermula.

Sehingga kini, Malaysia telah menuai tujuh pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa, mengatasi sasaran awal lima emas, dua perak dan empat gangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari, menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh kontinjen negara atas pencapaian membanggakan itu.

Menurutnya, kejayaan tersebut lahir daripada dedikasi, disiplin, semangat juang dan pengorbanan luar biasa yang dipamerkan oleh atlet, jurulatih serta seluruh anggota kontinjen sepanjang temasya berlangsung.

Taufiq berkata, pencapaian itu turut mencerminkan kekuatan ekosistem sukan negara hasil kerjasama erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

Dia menegaskan kejayaan itu membuktikan usaha berterusan semua pihak dalam membangunkan sukan berprestasi tinggi negara kini mula membuahkan hasil di pentas antarabangsa.

Walaupun sasaran pingat telah berjaya dicapai, Taufiq mengingatkan bahawa perjuangan kontinjen Malaysia masih belum selesai memandangkan masih terdapat beberapa acara yang akan berlangsung sebelum tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 dilabuhkan.

Sehubungan itu, dia menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan padu dan mendoakan kejayaan atlet-atlet negara yang masih meneruskan cabaran mereka.

Taufiq turut merakamkan penghargaan kepada Chef de Mission, Datuk Awalan Abdul Aziz, serta seluruh wira dan wirawati negara yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Dia turut berharap pencapaian cemerlang di Glasgow menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar dalam temasya akan datang, termasuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, diikuti Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Malaysia 2027.

Menurutnya, KBS akan terus komited memperkukuh ekosistem sukan negara menerusi pembangunan atlet berprestasi tinggi, sekali gus memastikan Malaysia terus melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video