Skuad boling padang negara menyingkap tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 menerusi Izzat Shameer Dzulkeple dalam acara singles malam tadi.
Dia memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan wakil Kepulauan Falkland, Cecil Alexander 2-0.
Biarpun sedikit gementar di awal permainan dan masih mencari keserasian di gelanggang, Izzat Shameer tetap memastikan kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan D itu sambil mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaikinya menjelang tiga lagi pertemuan menentang wakil India, Malta dan Kanada selepas ini.
"Syukur Alhamdulillah untuk permulaan yang amat baik walaupun ada sedikit gementar," katanya seperti dilaporkan Astro Arena.
"Untuk keseluruhan permainan, masih banyak perlu diperbaiki kerana dalam kumpulan saya, masih ada tiga lawan yang agak sukar.
"Saingan hari ini bagus untuk saya mendapatkan suasana perlawanan, jadi mungkin esok akan jadi lebih yakin."
Kredit: MSN TV