Pemenang pingat emas powerlifting Sukan Komanwel Birmingham 2022, Bonnie Bunyau Gustin, akui bukan mudah buatnya untuk mempertahankan emas yang dimenangi empat tahun lalu dalam edisi di Glasgow tahun ini.
Dia mengakui wakil England, Mark Swan, bakal jadi seteru utamanya memandangkan angkatan Swan dan dirinya tidak jauh berbeza, sekali gus menjadikan lawan itu sebagai pencabar yang tidak boleh dipandang mudah.
"Saya perlu berjaga-jaga dengan atlet dari England ini kerana angkatannya tidak jauh beza dengan saya," katanya seperti dilaporkan Astro Arena.
"Tekanan memang akan dirasai setiap atlet tetapi saya mengambilnya sebagai sesuatu yang positif.
"Saya mengharapkan doa semua untuk saya berjaya di sini."
Kredit: MSN TV