Skip to main content

Bola Sepak

Gimenez jadi ‘penyelamat’ pasukan dan seekor burung

Gimenez jadi ‘penyelamat’ pasukan dan seekor burung

Perlawanan awal pagi tadi antara Atletico Madrid dan Real Sociedad yang berakhir dengan kemenangan 3-2 kepada Atletico dilihat telah terhenti seketika selepas seekor burung merpati didapati tercedera di atas padang.

Burung tersebut dipercayai terkena bola sebelum pemain pertahanan Atletico, Jose Gimenez, pantas bertindak mengambil dan mengalihkan burung itu ke tempat selamat.

Advertisement

Gimenez yang sebelum itu membantu jaringan awal Alexander Sorloth pada minit kelima peerlawanan secara berseloroh dianggap melakukan ‘bantuan jaringan kedua’ dalam perlawanan tersebut.

“Saya bertanya kepada pengadil apa yang berlaku. Dia kata kerana burung merpati,” kata Gimenez kepada media Sepanyol.

“Saya jawab, ‘serius’? Perlawanan dihentikan kerana burung merpati?

“Saya terus mengambilnya. Saya tidak pasti sama ada ada protokol untuk situasi seperti ini. Saya harap burung itu tidak cedera serius,” kata Gimenez lagi.

Must Watch Video