Yaman mencipta kejutan apabila meraih kemenangan besar menewaskan Bahrain 5-2 dalam perlawanan Kumpulan B Kejohanan Piala Teluk Arab ke-27 malam tadi.
Selaku pasukan di ranking ke-145 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Yaman akhirnya memperoleh kemenangan sulung dalam pertandingan edisi kali ini, sekali gus meraih tiga pertama selepas tiga aksi.
Bahrain meskipun memiliki kelebihan selaku status gergasi Asia terpaksa berputih mata untuk kali ketiga berturut-turut apabila gagal mengumpul sebarang mata dengan tewas tiga aksi, sekali gus berada di tempat terakhir kumpulan.
FT | 🇧🇭 Bahrain 2️⃣-5️⃣ Yemen 🇾🇪
Yemen put on a show to sign off from the Gulf Cup in sublime fashion! pic.twitter.com/1xP5Cq9ca0— #AsianCup2027 (@afcasiancup) September 30, 2026
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu tetap tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya.