Alexandra Eala melakar sejarah gemilang di Washington apabila muncul pemain pertama dari Filipina menjuarai Kejohanan WTA selepas menewaskan pilihan utama, Jessica Pegula 4-6, 6-4, 6-0.
Aksi final menyaksikan Eala bangkit dengan penuh bergaya selepas ketinggalan satu set. Dari kedudukan 4-3 di set kedua, pemain berusia 20 tahun itu mengambil alih sepenuhnya permainan dengan memenangi sembilan game terakhir berturut-turut.
Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan trofi WTA pertama dalam kariernya, malah melengkapkan kempen luar biasa selepas menyingkirkan juara bertahan, Leylah Fernandez, Elina Svitolina dan Naomi Osaka.
20 year old ๐ต๐ญ Alexandra Eala is a first time WTA singles champion, creating history taking out the @mubadaladcopen 500 title def ๐บ๐ธ Jessica Pegula 4-6, 6-4, 6-0.
๐ The 21 year old climbs to a career high 20 in the world with this incredible fan base. pic.twitter.com/7CvHfpbrN0โ The First Serve (@TheFirstServeAU) August 3, 2026
Ia, sekali gus menjadi saksi Eala menumpaskan antara pilihan utama dan bekas ranking pertama dunia.
Kejayaan bersejarah itu turut memastikan Eala menembusi kelompok 20 pemain terbaik dunia buat kali pertama.