Skip to main content

Bola Sepak

Gila! Mustahil, sangka menang 3-0, sekali pasukan ke-82 dunia lakar kejutan bangkit 3-4 penuh drama

Curacao
Advertisement

Inilah kemanisan, keajaiban dan drama dalam bola sepak.

Daripada rekod pernah meraih kemenangan ke atas Uruguay dan Itali serta beberapa negara lain sebelum ini, Costa Rica terpaksa berputih mata di tangan pasukan ke-82 dunia, Curacao, walaupun mendahului selesa pada mulanya.

Advertisement

Kejutan berlaku dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) apabila Curacao menyumbat empat gol dalam masa 20 minit untuk menewaskan tuan rumah 4-3.

Costa Rica terlebih dahulu berada di hadapan 3-0 pada separuh masa pertama, namun segalanya tidak mustahil buat pelawat yang membuatkan penonton terdiam sekalip mata.

Advertisement

Skuad kendalian Dick Advocaat itu mencipta kebangkitan memukau hasil jaringan bekas pemain Manchester United, Tahith Chong, serta sentuhan dua gol dari Kenji Gorre dan Jordi Paulina menutup peluang Costa Rica di tempat sendiri.

Ia, sekali gus menyaksikan The Blue Wave mendahului Kumpulan A sambil berkongsi mata dengan Dominican Republic dan Haiti.

Sebagai makluman, Curacao menjadi negara terkecil dalam planet Bumi untuk beraksi dalam Piala Dunia 2026 Jun lalu dengan populasi sekitar 157,000 penduduk sahaja.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement