Menerusi perkongsian di laman media sosial Tiktok, isteri kepada Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco dilihat semakin serasi dan menikmati kehidupan di Malaysia.
Dari makanan tempatan hinggalah gaya hidup santai — menarik perhatian apabila Olivia Gallifuoco meluahkan rasa makanan kegemarannya adalah roti thosai bawang diganding pula dengan telur separuh masak dan kopi ais sebagai pelengkap dianggap ‘a perfect breakfast’.
Advertisement
Selain itu, Olivia turut menghargai kemudahan seperti e-hailing, pengangkutan dan pesanan makanan yang ringkas beroperasi 24/7 sehari serta aplikasi membeli belah secara atas talian seperti Shopeeyang memudahkan kehidupan seharian di hujung jarinya.
Cuaca panas? Tiada masalah, hand fan kan ada! Olivia dah siap-siap beli dari aplikasi Shopee, air bungkus kaw ikat tepi pun jadi peneman dikala cuaca panas betul di Malaysia ni.
Malaysia memang mahal dengan gaya dan pengalaman hidup kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Lebih-lebih lagi dari segi makanan tradisi, gaya hidup, cuaca dan sebagainya. Kehidupan di sini bukan sahaja membuka mata, malah membuatkan beliau jatuh cinta dengan keunikan budaya dan kemudahan yang ada.

