Skip to main content

Bola Sepak

Geram! Rambut panjang cecah tanah undang dua kad merah

ddd
Advertisement

Pasukan di ranking ke-163, Antigua and Barbuda, tetap memungut mata penuh biarpun menghabiskan perlawanan dengan sembilan pemain sahaja ketika beraksi di tempat sendiri, pagi tadi.

Dalam pertembungan Liga Negara-Negara CONCACAF itu, Anguilla kalah teruk 0-5 biarpun pihak lawan mengutip dua kad merah kerana menarik rambut Aedan Scipio -- yang panjang persis Bob Marley dan mencecah lantai -- dalam dua insiden berbeza walaupun bermain hanya untuk tempoh 21 minit.

Advertisement

Antigua and Barbuda kehilangan seorang pemain selepas Keon Greene diperintah keluar padang kerana menarik rambut Scipio sebaik bola dalam kawalannya dirampas pada minit ke-71.

Dan dia sekali lagi dikasari apabila Shalon Knight bertindak hampir serupa pada masa kecederaan.

Advertisement

Namun, ia tidak menyekat Antiqua untuk meraih kemenangan bergaya dalam Liga C, Kumpulan B saingan itu. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video