Skip to main content

Bola Sepak

Gempar! Presiden FIFA didakwa main kayu tiga

FIFA

Memasuki minggu baharu, gosip negatif mengenai Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, semakin berleluasa dengan kali ini didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja wanita semasa menjawat jawatan Setiausaha Agung Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). 

Laporan media antarabangsa mendedahkan Infantino memberikan kenaikan pangkat istimewa termasuk tambahan gaji sebanyak 30 peratus kepada wanita terbabit sebelum UEFA mengarahkan wanita itu meninggalkan jawatan dengan pampasan besar selain bersetuju menanggung kos pengajian sehingga RM248,331 setahun.

Infantino kemudiannya meninggalkan posisi itu dan dipilih menjadi Presiden FIFA bermula 2016 dan masih bertahan sehingga kini menjelang pemilihan penggal baharu tahun hadapan. 

Kontroversi itu semakin hangat tatkala FIFA menerima tentangan hebat mengenai pelan jualan pegangan Piala Dunia kepada pelabur swasta. 

Kebanyakan negara telah hilang kepercayaan dan mula memboikot Infantino dengan lantang walaupun masih ada yang menyokongnya. 

Drama itu dijangkan berterusan, sekali gus bakal menjadi episod panas terhadap situasi bola sepak dunia.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video