Masihkah anda ingat kekalahan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tahun lalu?
Perlawanan ikonik itu menjadi tumpuan dunia selepas The Red Devils hadir ke Kuala Lumpur (KL) untuk perlawanan persahabatan pascamusim pada Mei lalu.
Advertisement
Paling mencuri perhatian, penyerang kebangsaan Myanmar, Maung Maung Lwin, diangkat menjadi wira susulan membuka tirai jaringan pada minit ke-71, sekali gus menjadi gol kemenangan menewaskan Manchester United dalam Maybank Challenge Cup itu.
Namun, tahukah anda? Maung Lwin mengambil keputusan drastik untuk bersara daripada arena antarabangsa bersama negaranya baru-baru ini.
Rakaman video menyaksikan bintang berusia 30 tahun itu melakukan serangan berbahaya ke atas seorang wanita pada rehat separuh masa ketika beraksi bersama kelabnya.
Dia terus mengeluarkan kenyataan di media sosialnya menjelaskan bahawa dia menjadi mangsa kritikan melampau sehingga meninggalkan ancaman terhadap keluarganya. Jelas tindakan itu bersifat mempertahankan diri, tetapi ia sudah menjangkaui batas.
Badan induk bola sepak Myanmar menjatuhkan hukuman penggantungan enam bulan daripada bermain bola sepak.