Skip to main content

Bola Sepak

Gavi lupa rakan sepasukan? Terpijak kaki Rodri ketika latihan

Gavi lupa rakan sepasukan? Terpijak kaki Rodri ketika latihan

Persiapan skuad Sepanyol kelihatan sedikit tegang apabila bintang muda Barcelona, Gavi, secara tidak sengaja melakukan terjahan keras ke atas rakan sepasukannya, Rodri, dalam satu sesi latihan tertutup pasukan.

Insiden itu berlaku apabila Rodri berjaya menguasai bola sebelum Gavi cuba merampasnya, namun pemain tengah berusia 21 tahun itu dilihat terpijak buku lali tonggak Manchester City tersebut sehingga menyebabkan Rodri rebah sambil menahan kesakitan.

Rodri yang juga Pemenang Ballon d'Or 2024 itu jelas tidak berpuas hati dengan kekasaran terjahan berkenaan apabila dilihat mengadu kepada Gavi sebelum bangun semula untuk meneruskan sesi latihan.

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, Rodri dilaporkan sedikit terhincut-hincut selepas insiden, sekali gus mencetuskan kebimbangan kecil dalam kem La Roja memandangkan dia antara pemain paling penting dalam sistem kendalian Luis de la Fuente.

Bagi Gavi, intensiti tinggi yang dipamerkannya dianggap sebagai petanda kesungguhannya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan ini merupakan penampilan keduanya di pentas Piala Dunia.

Sepanyol bakal membuka kempen Piala Dunia 2026 dalam Kumpulan H yang turut dibarisi Uruguay, Arab Saudi dan Cape Verde, dengan Sepanyol dilihat sebagai pilihan utama untuk muncul juara kumpulan berdasarkan pengalaman serta kualiti pemain yang dimiliki.

Dengan kejohanan semakin hampir, kem Sepanyol pasti berharap insiden kecil itu tidak memberi kesan kepada tahap kecergasan Rodri, dalam misi memburu kejuaraan dunia kedua selepas kejayaan bersejarah pada 2010.

Sumber: https://x.com/TouchlineX/status/2063511139409903803

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video