Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, dalam satu temu bual berkongsikan sedia beraksi di mana-mana posisi untuk Harimau Malaya termasuk sebagai penjaga gawang.
Sebelum ini pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan pihaknya sudah berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi proses naturalisasi susulan sudah memenuhi syarat lima tahun beraksi dalam Liga Malaysia seperti ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), selepas berhijrah ke saingan liga tempatan sejak 2021.
"Saya akan berikan jawapan yang sama macam saya katakan sebelum ini. Saya akan mencintai skuad kebangsaan Malaysia seperti mana saya mencintai KL City.
"Saya akan bermain di mana-mana posisi. Saya akan ganti Syihan (Hazmi) jika anda perlukan saya untuk melakukannya." katanya dalam satu temu bual.