Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Gagal capai sasaran pingat tetapi pencapaian skuad hoki tidak terlalu buruk -- legenda negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Mirnawan

Hoki dalam dewan antara sukan yang kurang menyinar dalam Sukan SEA Thailand baru-baru ini sehingga sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk mendapatkan empat pingat emas daripada sukan hoki gagal dicapai.

Walaupun begitu, Olimpian negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menyifatkan kutipan tiga pingat emas dan tiga pingat perak daripada sukan hoki bukanlah satu pencapaian yang buruk buat kem negara.

Advertisement

Bagi legenda hoki negara itu, tempoh persediaan selama tiga bulan buat skuad hoki dalam dewan lelaki tidak mencukupi berbanding pemenang emas, Indonesia, yang telah membuat persediaan dalam tempoh lebih panjang, termasuk menjalani latihan dan persiapan di Eropah.

"Kalau kita bandingkan, pemain kita kebanyakannya merupakan pemain daripada hoki padang dan mereka memulakan latihan hanya tiga bulan sebelum Sukan SEA," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Kalau kita bandingkan dengan pasukan Indonesia, mereka boleh dikatakan pemain sepenuh masa hoki dalam dewan dan mereka telah diberikan pendedahan yang amat baik, di mana mereka berkampung di Eropah dan sebagainya.

"Apabila penalty shoot-out, saya sedar Indonesia boleh mengalahkan pasukan negara dan itulah yang berlaku.

"Bagi saya, tiga pingat emas yang disumbangkan sukan hoki bukanlah terlalu teruk cuma kalau dapat empat lebih bagus.

"Saya melihat pemain telah memberikan segalanya dan apabila mereka tewas, mereka amat sedih kerana mereka tahu mereka mampu.

"Mereka mampu tetapi saya melihat, mereka memerlukan persediaan jangka panjang, terutama untuk Sukan SEA yang akan datang."

 

Must Watch Video