Pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, mengisi masa lapang dengan menyertai satu larian komuniti yang terletak di Los Llanos de Aridane dalam wilayah Santa Cruz de Tenerife, Sepanyol Sabtu lalu.
Perkembang itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi Instagram story sambil bergambar di garisan penamat dengan bukti menghabiskan larian sejauh 1,600 meter (m) itu.
Advertisement
Dalam masa sama, kelihatan Palmero menggenggam dua trofi sempena berjaya menamatkan larian tersebut. Umum mengetahui dia merupakan pemain sayap dan pertahanan kanan yang sangat laju dan lincah.
Dengan penyertaannya itu, Palmero dijangka mahu mengekalkan stamina dan kecergasan biarpun tanpa minit permainan.
Tonggak berusia 23 tahun itu antara tujuh pemain negara yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat pemalsuan dokumen. Tidak dilupakan, rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga ditolak dengan FIFA mengemukakan keputusan bertulis sepanjang 63 muka surat.
FAM sah mengheret kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Awal bulan lalu, Palmero pulang semula ke CD Tenerife selepas kontrak pinjamannya bersama Unionistas de Salamanca ditamatkan ekoran isu yang melanda dirinya itu.
Namun, nasib sama sekali lagi menimpa dirinya apabila CD Tenerife juga membuat keputusan untuk mengakhiri kontrak berkuat kuasa 7 November lalu.

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!