Skip to main content

Bola Sepak

Gabon tarik balik hukuman ke atas Aubameyang, Manga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

Pemain Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang dan Bruno Ecuele Manga, kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan selepas digantung berikutan kempen mengecewakan tersingkir awal dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), minggu lalu.

Gabon merupakan pasukan kedua yang disingkirkan daripada AFCON berikutan dua kekalahan awal berturut-turut -- tewas kepada Cameroon dan Mozambique.

Advertisement

Kedua-dua pemain termasuk skuad itu digantung, manakala barisan kejurulatihan dan ketua jurulatihnya, Thierry Mouyouma, dipecat oleh kerajaan ekoran gagal memenangi sebarang perlawanan dalam kempen di Maghribi itu.

Namun, Persekutuan Bola Sepak Gabon semalam mengumumkan langkah kerajaan yang menarik balik hukuman ke atas dua pemain tersebut dan skuad kebangsaan, manakala Mouyouma dan barisan kejurulatihannya kekal dipecat.

Persekutuan itu menjelaskan Menteri Sukan Gabon, Paul Ulrich Kessany, yang baru dilantik dan bekas merupakan bekas pemain negara tersebut ingin mereka fokus untuk menghadapi kejohanan akan datang, lebih-lebih lagi kelayakan Piala AFCON 2027.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video