Skuad futsal wanita negara berdepan permulaan sukar dalam Kejohanan Futsal Wanita ASEAN di Korat, Thailand bermula penghujung bulan depan.
Ini selepas Malaysian Tigress diundi dalam Kumpulan A bersama dua pasukan gergasi rantau ini, Thailand dan Indonesia.
Advertisement
Keputusan undian itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran media sosial semalam.
Dalam pada itu, Kumpulan B pula diisi juara bertahan, Vietnam, selain Myanmar, Filipina dan Australia.