Kuala Lumpur (KL) City akhirnya tampil dengan senarai penuh 29 pemain buat kali pertama menjelang saingan minggu kedua Liga Super bertemu Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) di Cheras sebentar nanti.
Skuad Warga Kota yang turun dengan 10 pemain selain memiliki satu sahaja pemain gantian dalam perlawanan terdahulu terpaksa dihimpit dengan kekalahan besar 0-5 di tangan Kuching City Rabu lalu.
Skuad kendalian Datuk Dollah Salleh kali ini memiliki tonggak mencukupi 11 pemain sambil mempunyai sembilan pemain gantian di bangku simpanan.