Skip to main content

Permotoran

Formula 1 akan terus berentap di Litar de Barcelona-Catalunya hingga 2032

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

F1

Formula 1 akhirnya memutuskan untuk mengekalkan pusingan perlumbaan di Litar de Barcelona-Catalunya dalam kalendar perlumbaanya sekaligus menamatkan dsas desus sebelum ini yang gagal dinokhtahkan.

Malah dalam kontrak perjanjian terbaharu yang ditandatangani, litar tersebut akan terus digunakan sehingga 2032 iaitu satu tempoh yang panjang dalam kalendar F1.

Advertisement

Namun beberapa syarat terbaharu juga ditemeterai iaitu sistem penggiliran yang akan digunakan dengan Litar Spa-Francorchamps dalam musim perlumbaan 2028, 2030 dan 2032.

Pengumuman terbaharu ini sekaligus menamatkan rasa resah peminat F1 Sepanyol di mana kontrak mereka separtutnya akan tamat pada musim 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F!, Stefano Domenicali, perlanjutan kontrak baharu itu adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh Formula 1 memandangkan peminat F1 di Sepanyol memiliki keunikkan yang tersendiri selain jumlah peminat sukan permotoran yang tinggi di negara itu.

Malah ia juga dijangka akan terus membantu perkembangan ekonomi negara itu menerusi penganjuran sukan perlumbaan di mana sebelum ini ia mampu menjana pendapatan melebihi RM1.386 bilion hasil daripada penganjuran Formula 1

 

Must Watch Video