Skip to main content

Paralimpik

Format 3x15 mata beri nafas baharu kepada badminton para

Format 3x15 mata beri nafas baharu kepada badminton para

Pengenalan format baharu 3x15 mata oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dijadual bermula 4 Januari 2027 dilihat mampu memberi impak positif kepada perkembangan sukan para badminton.

Ketua Klasifikasi Para BWF, Dr Shamsul Azhar, berpandangan perubahan tersebut selari dengan keperluan semasa sukan moden yang semakin menuntut tempo permainan lebih pantas dan efisien.

Advertisement

Menurutnya, aksi badminton para lazimnya melibatkan tempoh permainan yang lebih panjang, sekali gus memberi cabaran dari segi fizikal dan pengurusan tenaga atlet.

Dengan pengenalan format 3 set 15 mata, tempoh perlawanan dijangka lebih singkat dan sesuai dengan trend semasa yang mahukan aksi lebih dinamik.

Selain itu, format baharu ini menuntut pemain untuk lebih bersedia sebaik sahaja melangkah ke gelanggang.

Tiada lagi ruang untuk pemain mengambil masa menyesuaikan diri kerana setiap mata menjadi lebih kritikal dalam menentukan keputusan perlawanan.

Dalam masa sama, sistem 3x15 mata turut memberi manfaat dari sudut kesihatan dan pemulihan pemain.

Tempoh permainan yang lebih pendek membolehkan atlet, khususnya dalam kategori para, mempunyai masa rehat yang lebih mencukupi sekiranya berdepan kecederaan atau keletihan.

Perubahan format ini bukan sahaja menjadikan permainan lebih pantas dan kompetitif, malah turut menjaga kebajikan atlet.

Bagi para badminton, ia dilihat sebagai langkah progresif yang mampu meningkatkan kualiti permainan sambil memastikan keseimbangan dari aspek fizikal pemain.

Topik Berkaitan

Must Watch Video