Manchester City terpaksa bekerja keras sebelum meraih tiga mata di laman sendiri selepas menewaskan Leeds United 3-2 awal pagi tadi.
Phil Foden tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan terlebih dahulu seawal minit pertama apabila menolak masuk hantaran daripada Bernardo Silva, sebelum Jasko Gvardiol mencipta jaringan kedua City untuk meletakkan The Citizens selesa mendahului 2-0 dalam babak pertama.
Advertisement
Namun, keputusan itu tidak bertahan lama apabila anak buah Daniel Farke bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dominic Calvert-Lewin empat minit selepas babak kedua bermula.
Just the 2️⃣2️⃣ goals today. pic.twitter.com/XONEh4quzm
— Premier League (@premierleague) November 29, 2025
Malah, diikuti gol penyamaan daripada Lukas Nmecha yang menewaskan Gianluigi Donnarumma buat kali kedua sekali gus mengikat City 2-2.
Ketika perlawanan bakal berakhir dengan kedua-dua pasukan seakan bakal berkongsi dua mata, anak buah Pep Guardiola yang lebih dominan menguasai perlawanan dengan 17 percubaan itu hadir dengan jaringan kemenangan daripada Foden sekali lagi melengkapkan misi tiga mata penuh yang menjadi milik mereka di Stadium Etihad.
Kemenangan itu meletakkan City berada di ranking kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 25 mata selepas 13 perlawanan.
