Skip to main content

Sukan Lain

Flag football: Malaysia tewas kepada Indonesia dalam final, bawa pulang 2 pingat

Flag
Advertisement

Perjuangan skuad flag football negara di Kejohanan Flag Football Asia Tenggara 2026 menemui titik kejayaan setelah membawa pulang dua pingat dari kejohanan yang dilangsungkan di Jakarta, Indonesia.

Kejohanan tersebut yang berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober itu disertai oleh pasukan kebangsaan dari Asia Tenggara, melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, dan Vietnam.

Advertisement

Kem wanita negara mara sehingga ke final, menampilkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan namun terpaksa akur, tewas ke atas tuan rumah, Indonesia dengan keputusan akhir 20-28, sekali gus mengesahkan pingat perak buat mereka.

Advertisement

Sementara kem lelaki menebus kekecewaan gagal mara ke final apabila membelasah Singapura dengan keputusan 48-26 dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Keputusan cemerlang yang berjaya diraih kedua-dua kem memberi petanda jelas bahawa mereka bersedia untuk berdepan kejohanan seterusnya yang bakal disertai, iaitu saingan Kejohanan Flag Football Asia IFAF yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Kem negara juga berpeluang untuk merebut slot ke temasya Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 apabila sukan tersebut bakal melakukan debut di pentas tertinggi dunia itu.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video