Skip to main content

Berbasikal

Firdaus Arshad tuai hasrat pertahan jawatan Timbalan Presiden PBKL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PBKL

Menjelang Mesyuarat Agong Tahunan (AGM), Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), pemangku presidennya, Firdaus Arshad, menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden bagi penggal yang baharu.

Firdaus menyifatkan dia lebih selesa untuk menjadi 'co-pilot' kepada presiden akan datang selain menekankan terdapat ramai individu yang lebih layak mengisi kekosongan kerusi panas tersebut berbanding dirinya.

Advertisement

"Saya akan cuba mempertahankan jawatan saya sebagai timbalan presiden.

"Sntuk jawatan presiden, saya lebih suka untuk membuka kepada tujuh ahli gabungan bagi mengemukakan calon-calon yang sesuai.

"Setakat ini, belum ada pencalonan daripda ahli gabungan lagi kerana masih terlalu awal. Tarikh akhir untuk mengetahui nama-nama calon bertanding adalah pada 17 Januari 2026," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Harapan tinggi turut diletakkan Firdaus untuk melihat calon-calon presiden yang berkaliber mengetuai PBKL pada penggal baru.

Bukan sahaja mampu memimpin PBKL ke arah yang lebih baik, malah dapat membawa Kuala Lumpur kembali bangkit sebagai satu kuasa besar berbasikal seperti suatu ketika dulu.

"Satu, ialah kesungguhan atau minat dia. Kedua, dia rela berkorban masa dan kewangan kerana kita di Wilayah, kekangan kita adalah aspek kewangan, kita hanya dapat bantuan daripada ahli gabungan serta jawatankuasa," tambah Firdaus.

Must Watch Video