Finalis tiga edisi Piala Thomas, Ong Ewe Hock, mengharapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai beberapa pelan kontingensi dalam menyenaraikan barisan muktamad ke Piala Thomas di Horsens, Denmark hujung bulan.
Pertamanya adalah melihat keadaan terkini perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, sama ada kecederaan buku lali dialaminya ringan atau bakal mengehadkan prestasinya.
Advertisement
Sekiranya kesulitan tersebut ringan, maka bekas juara Seluruh England itu wajar berada dalam senarai akhir pemain ke kejohanan tersebut seperti kenyataan yang dipersetujui sebelum ini.
Namun, jika kecederaannya berat, Ewe Hock percaya beberapa nama perlu segera dicadangkan termasuk pemenang pingat gangsa edisi 2024, Cheam June Wei, yang dilihat calon paling sesuai berdasarkan pengalaman dimiliki.
"Pelan satu Zii Jia masuk.
🚨Ong Ewe Hock saran BAM prepare for the worst for Thomas Cup due to LZJ ankle injury, PLAN A and PLAN B.
PLAN A - LZJ ankle injury not serius, fit for Thomas Cup🏸
PLAN B- invite men singles player yang ada ‘aura’ play for 🇲🇾team event🔥
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/L4wOYMtuOo— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 5, 2026
"Pelan dua jika dia tak sertai, BAM harus ada perancangan lain.
"Pendapat saya, dua-dua adalah wajar.
"Zii Jia ada atau tidak, individu sebagai 'back-up' harus ada juga supaya berlatih bersama supaya boleh membuat keputusan pada minit akhir.
"Kita harus melihat beberapa pandangan.
"Satu, jangan kira dia daripada BAM atau profesional, sebaliknya melihat kedudukan ranking.
"Dua, prestasi. 'Dia' harus mempunyai pengalaman dalam acara berpasukan.
"Cheam Jun Wei juga merupakan seorang pemain yang bagus.
"Jun Wei ada rekod yang baik.
"Jacky Kok juga bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.