Skip to main content

Ragbi

Final SSR Premier: Victoria Institution tekad manfaat kelebihan Stadium Merdeka hadapi SEMASHUR

ffff

Tonggak skuad ragbi Victoria Institution (VI), Muhammad Emir Faizal Mohd Fadzly, menyifatkan pasukannya sebagai berkelebihan tatkala turun beraksi di Stadium Merdeka bagi aksi final Super Schools Rugby (SSR) Divisyen Premier.

Bakal berdepan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) pada Sabtu ini, Emir Faizal sedar ia bukan satu tugas mudah, namun percaya VI sudah bersiap sedia sepenuhnya demi merealisasikan misi menebus kekecewaan tahun lalu apabila tewas dalam final kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau.

Jelas pelajar tingkatan 5 aliran sains sukan itu, VI perlu mengerah keringat jika berhasrat menjulang kejuaraan buat kali ketiga selepas kali terakhir melakukannya dalam edisi 2023.

"Pasukan lawan mempunyai kelebihan tersendiri, begitu juga tahap kecergasan mereka.

"Tapi kami akan berikan 200 peratus bagi perlawanan akhir ini.

"Kehadiran penyokong-penyokong dan alumni ke Stadium Merdeka (boleh melonjakkan semangat kami).

"Stadium Merdeka boleh dikatakan laman tuan rumah buat kami," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video