Drama berterusan menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2026 apabila Rumah Putih mempertahankan kebebasan bersuara oleh pasukan Argentina ketika meraikan kemenangan dalam aksi separuh akhir bertemu England, Khamis lalu.
Ketua Pasukan Petugas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Rumah Putih, Andrew Giuliani berkata, skuad itu mempunyai hak untuk membuat kenyataan sedemikian ketika berada di Amerika Syarikat (AS).
Kontroversi melanda tatkala beberapa pemain juara bertahan itu mengibarkan sepanduk berunsur politik membawa maksud ''Malvinas milik Argentina'.
Isu Kepulauan Falkland, atau Malvinas dalam bahasa Sepanyol, kekal menjadi pertikaian antara Argentina dan Britain sejak sekian lama.
π¨π¨| JUST IN: Argentina have been given the πππππ πππππ by the White House FIFA task force to display their Falklands banner again if they win the World Cup on Sunday. π¦π·π
The head of the task force Andrew Giuliani believes the Argentina players are allowed toβ¦ pic.twitter.com/R5JbeuOSiwβ CentreGoals. (@centregoals) July 18, 2026
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan sebelum ini pernah mengeluarkan arahan keras melarang sebarang sepanduk, bendera atau bahan berunsur politik, menghina atau diskriminasi dibawa masuk ke dalam stadium.
Pasukan nombor satu dunia itu pernah didenda oleh FIFA selepas memaparkan sepanduk dengan slogan sama susulan perlawanan persahabatan menentang Slovenia pada 2014.
Laporan media antarabangsa menyatakan badan induk dunia itu sedang meneliti laporan sebelum memutuskan untuk menghukum pemain terlibat.