Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Dunia 2026: Gerard Pique terpaksa jaga anak

Pique

Legenda Barcelona dan pemenang Piala Dunia 2010 itu terpaksa "jaga anak" yang hendak melihat ibu mereka, bintang global, Shakira membuat persembahan dalam final Piala Dunia 2026 di antara Sepanyol dan Argentina.

Reaksi ketika persembahan berlangsung jelas menunjukkan kebanggaan di wajah mereka, manakala Gerard Pique kelihatan tenang sahaja.

Pique dan Shakira pernah bersama selama 11 tahun di mana mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Milan yang lahir pada 2013, dan Sasha yang lahir pada 2015.

Pada Jun 2022, dunia bola sepak dan hiburan digemparkan dengan berita perpisahan mereka, akibat kehadiran orang ketiga. Milan dan Sasha kini tinggal bersama Shakira di Miami meninggalkan kediaman keluarga mereka di Barcelona sebelum ini.

Peminat tegar Shakira amat gembira kerana ini adalah penampilan kali keempat artis itu di pentas Piala Dunia iaitu pada 2006, 2010, 2014 dan 2026 -- lebih kerap daripada Pique yang pernah mewakili Sepanyol dalam Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video