Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Dunia 2026 dan budaya sukan-muzik kebanggaan Amerika Syarikat

madonna

Pertunjukan separuh masa pertama di Piala Dunia 2026 telah memukau jutaan peminat sukan bola sepak, terutama yang membanjiri Stadium New York, New Jersey awal pagi tadi – dan ia adalah kejayaan Amerika Syarikat (AS) mengetengahkan budaya sukan-muzik yang menjadi kebanggaan mereka daripada National Football League (NFL), sukan yang lebih dikenali dunia sebagai American Football.
Menjadi tumpuan setiap tahun, siapa yang akan membuat persembahan di pertunjukan separuh masa pertama NFL atau lebih sinonim dengan gelaran Super Bowl Halftime Show. 

Antara persembahan bintang ternama yang masih diingati sehingga kini adalah Michael Jackson, manakala terbaharu, Bad Bunny muncul dengan rekod paling banyak ditonton pada Februari lalu.


Kebiasaannya, Halftime Show berdurasi 13 sehingga 15 minit, dan inilah yang menjadi kerisauan utama peminat bola sepak apabila AS mahu menyelitkan Halftime Show ala NFL di pentas akhir Piala Dunia 2026 – dikhuatiri mengganggu momentum permainan dengan tempoh rehat yang panjang.


Menariknya, AS mengambil kira kerisauan ini dengan memendekkan persembahan kepada maksimum 11 minit dan tempoh ini berlangsung dengan cukup memukau menerusi barisan penghibur yang diterajui oleh Madonna, Justin Bieber, BTS dan sudah pastinya Shakira.


Momen Madonna melangkah masuk ke stadium sambil diapit oleh legenda Brazil, Ronaldo dan Ronaldinho cukup ikonik untuk dikenang dalam penganjuran Piala Dunia 2026 – ia dilihat simbolik kepada penyatuan bintang dari dua dunia yang berkongsi tumpuan yang sama.

Jika trofi bersalut emas menjadi koleksi bintang bola sepak, barisan artis yang memeriahkan persembahan tidak kurang cemerlangnya dengan koleksi 13 anugerah Grammy secara keseluruhan.


PS22 Chorus yang menampilkan Coldplay juga merupakan sebahagian daripada program yang dipendekkan itu, manakala kumpulan tarian Ghetto Kids dari Uganda yang menyertai Shakira di atas pentas dilihat sebagai gimik yang baik kerana persembahan ini juga bertujuan mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Warga Global FIFA, satu inisiatif mengumpul dana untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video