Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan momentum untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Tempoh 1 jam lima minit diperlukan wakil negara yang merupakan juara dunia itu untuk menewaskan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, menerusi aksi rubber set, 17-21,21-14, 21-15.
Advertisement
Dalam awal set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi menyakinkan sebelum kebangkitan gandingan Indonesia itu mengungguli set pertama 21-17.
Namun wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu kembali mengorak langkah untuk mengheret pasukan lawan ke set penentuan apabila menang 21-14 dan menoktahkan set penentuan dengan kemenangan 21-15.
Mereka mengikut jejak langkah beregu Wanita negara, Pearly Tan-M-Thinaah, ke pusingan separuh akhir.